AD Junior Netball ClubKuantan · Temerloh

Tentang Kelab · Sejak 2023

Membangunkan Junior.
Melahirkan atlet masa depan.

Visi

To develop confident, disciplined and competitive young netballers.

Misi

To develop skills, build character, inspire teamwork and create opportunities for young players to grow through netball.

01Kisah Kami

Perjalanan ADJNC.

AD JUNIOR NETBALL CLUB (ADJNC) ditubuhkan dengan satu matlamat utama — memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk mengenali, mempelajari dan mengembangkan bakat dalam sukan bola jaring dalam suasana yang positif dan membina.

ADJNC diasaskan oleh Coach Mell, dengan visi untuk mewujudkan sebuah platform pembangunan bola jaring yang bukan sahaja memberi penekanan kepada kemahiran di gelanggang, tetapi turut membentuk disiplin, keyakinan diri, semangat berpasukan, kepimpinan dan sahsiah Junior.

Pada peringkat awal, ADJNC memberi tumpuan kepada latihan asas dan pembangunan Junior muda. Dari masa ke masa, aktiviti kelab berkembang dengan sesi latihan yang lebih tersusun, penyertaan dalam pertandingan serta pendedahan kepada Junior untuk merasai pengalaman bermain secara kompetitif.

Apa yang menjadikan ADJNC berbeza ialah pendekatannya terhadap pembangunan Junior mengikut umur dan tahap kemampuan. Junior bukan sekadar dilatih untuk mengejar kemenangan, tetapi dibimbing supaya memahami nilai kerja keras, disiplin, kerja berpasukan dan sportiviti.

ADJNC juga berusaha membina satu komuniti yang melibatkan jurulatih, Junior dan ibu bapa, kerana perkembangan seorang Junior muda bukan hanya berlaku ketika berada di dalam gelanggang.

Hari ini, ADJNC terus berkembang sebagai sebuah kelab pembangunan bola jaring junior, dengan aspirasi untuk melahirkan lebih ramai Junior yang berani, berdisiplin, berkeyakinan dan mampu bersaing, sambil menikmati perjalanan mereka dalam sukan bola jaring.